Rasuah Untuk Mendapatkan Sesuatu Pekerjaan


Soalan : Apakah hukum memberi bayaran kepada seseorang pegawai untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan dan apakah hukumnya sekiranya jawatan itu layak untuknya?

Jawapan :
Rasuah adalah : setiap sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada hakim atau orang lain untuk menjadikan sesuatu hukum berpihak kepadanya atau untuk melakukan apa yang dikehendakinya,dan rasuah diharamkan dalam setiap agama, dan tersebarnya budaya rasuah menunjukkan betapa meluasnya kerosakan dalam masyarakat; firman Allah taala :

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ‎﴿١٨٨﴾‏

Ertinya : “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”. [Surah Al-Baqarah 188]

Dan hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmidzi :

“عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما قَالَ: “لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

Ertinya : “daripada Abdullah bin Umar radiayallahu anhuma katanya : “Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”. Hadis hasan sohih.

Dan harta penerima rasuah termasuk dalam harta yang haram dan tidak elok;

Sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam kepada Saidina Kaab bin Ujrah yang diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad :

فقد قال النبي صلى الله عليه وآله وسلم لكعب بن عجرة رضي الله عنه: يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ، لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ نَبَتَ لَحْمُهُ مِنْ سُحْتٍ، النَّارُ أَوْلَى بِه

Ertinya : “Wahai Kaab bin Ujrah, tidak akan masuk syurga sesiapa yang dagingnya tumbuh dari sumber yang haram,neraka lebih layak baginya”.

Dan juga sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam kepada Saidina Saad bin Abi Waqqas di dalam al-Ausat riwayat al-Thabrani :

وقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم لسعد بن أبي وقاص رضي الله عنه: يَا سَعْدُ، أَطِبْ مَطْعَمَكَ تَكُنْ مُسْتَجَابَ الدَّعْوَةِ، وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، إِنَّ الْعَبْدَ لَيَقْذِفُ اللُّقْمَةَ الْحَرَامَ فِي جَوْفِهِ مَا يُتَقَبَّلُ مِنْهُ عَمَل أَرْبَعِينَ يَوْمًا، وَأَيُّمَا عَبْدٍ نَبَتَ لَحْمُهُ مِنَ السُّحْتِ وَالرِّبَا فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ “.

Ertinya : “Wahai Saad, baikkanlah(halalkan) makananmu nescaya engkau akan menjaadi seorang yang mustajab doanya, demi tuhan yang diriku berada pada kekuasaannya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan suatu suapan yang haram ke dalam mulutnya tidak akan diterima amalannya selama 40 hari,dan mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari sumber yang haram dan riba maka nerakalah(tempat) yang lebih layak baginya”.

Oleh itu, Syariah Islam telah mengharamkan jenayah rasuah,sama ada dilakukan oleh pegawai kerajaan atau swasta,sama ada secara umum atau khusus. Rasuah juga merupakan salah satu jenis kerosakan yang mewajibkan pihak berkuasa untuk menghukum kesalahan mereka secara undang-undang.

Oleh yang demikian,tidak selayaknya seseorang bermudah-mudah dan bersegera membayar mana-mana pegawai untuk mendapatkan sesuatu jawatan kerana pegawai tersebut telah menerima bayaran gajinya sendiri dari pihak yang melantiknya,atau membayar duit untuk membela dirinya atau untuk mendapatkan perkara yang pada sangkaannya dia layak mendapatkannya,maka sepatutnya seorang individu muslim itu menjadi positif dan tidak mengiktiraf kerosakan dan menggalakkannya, bahkan wajib baginya untuk mencegah dan memeranginya dan saling tolong-menolong sesama masyarakat untuk mencegahnya; iaitu dengan cara menasihati peminta rasuah dan mengingatkannya kepada Allah tanpa memberi apa yang dimintanya, sekiranya dia tidak menerima nasihat mestilah dilaporkan kepada pihak berwajib supaya ditangkap dan dihukum.

Jadi pihak berkuasa mestilah bersungguh-sungguh memerangi jenayah ini dan tidak mengambil ringan dalam menghukum mereka dan perlu berusaha gigih menentang meraka, juga wajib memberi pertolongan kepada mereka yang dipaksa memberi rasuah dan menolong pegawai yang ditawarkan rasuah kepadanya, dan juga wajib kepada pemberi dan penerima rasuah untuk berhenti dari perbuatan ini dan menyesal dengan apa yang telah mereka lakukan dan berazam untuk tidak mengulangi lagi perbuatan ini selamanya dengan bertaubat kepada Allah azza wa jalla.

Wallahu subhanahu wa taala a’alam.

Fatwa No 2740

Rujukan : Dar-alIfta’ Mesir

Kongsi dengan sahabat anda!