Hukum Menggunakan Pembesar Suara Di Luar Masjid

Soalan : Adakah boleh menghidupkan speaker luar masjid sebelum solat fardu untuk menyiarkan bacaan al-Quran dan ketika solat Jahar(membaca secara kuat) dan kuliah selepas solat;kerana timbul beberapa masalah pada perkara ini dan penduduk sekeliling juga telah mengadu akan hal yang berikut,sedangkan masih tiada sebarang tindakan?

Jawapan : Para ulama’ telah menaskan bahawa disyariatkan bagi para imam untuk menguatkan takbiratul ihram dan takbir intiqal di antara rukun-rukun sembahyang agar didengari para makmum sehingga mereka mengetahui dan mampu mengikuti pergerakan imam, berdasarkan yang demikian, tidak dibolehkan untuk menambah penggunaan pembesar suara lebih dari keperluan.

Walaupun sembahyang berjemaah di masjid dan azan merupakan syiar yang dituntut, bukanlah termasuk dalam tujuan syara’ untuk memperdengarkan sembahyang jamaah dan bacaannya kepada orang ramai, begitu juga bacaan al-Quran dari corong radio dan kuliah-kuliah agama; hal ini kerana, untuk mengingatkan orang tentang sembahyang sudah terhasil dengan laungan azan yang disyariatkan untuk menunjukkkan kepada masuknya waktu solat, begitu juga iqamah bertujuan untuk menyedarkan mereka yang sedang menuggu tibanya waktu untuk mula bersembahyang.

Sekiranya pihak berkuasa mendapati penggunaan pembesar suara yang digunakan ketika solat atau ketika ceramah dan seumpamanya menyebabkan gangguan kepada masyarakat setempat, mereka berhak untuk menyekatnya; kerana syarak membenarkan untuk pihak pemerintah mengikat perkara yang harus kerana maslahah berdasarkan kaedah :

(يجوز له تقييد المباح للمصلحة)

Lebih-lebih lagi pada perkara yang langsung tidak disyariatkan untuk dilakukan, bahkan menyalahi arahan pemerintah dengan menggunakan pembesar suara ketika solat boleh menjadi haram; kerana wajib taat kepada arahan pemerintah selagi tidak membawa maksiat kepada Allah taala,firman Allah taala :

  ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ﴾ النساء: 59

Ertinya : “Wahai orang yang  beriman,taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul dan juga para pemimpin dalam kalangan kamu”. Tambahan pula jika menggunakan pembesar suara di luar kawasan masjid menyebabkan gangguan kepada orang ramai seperti yang disebutkan dalam soalan.

Wallahu subhanahu wa taala a’alam.

No. Fatwa : 2229
Rujukan : Darul Ifta’ Mesir

Kongsi dengan sahabat anda!