Hukum Mengantung Gambar Di Dalam Rumah

Adakah Malaikat tidak masuk ke rumah yang di gantung gambar di dalamnya?

Salah satu soalan yang berlegar dalam kalangan masyarakat kita adalah mengenai pengharaman menggantung gambar di dalam rumah dan bahawasanya malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya gambar kerana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Talhah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ

Maksudnya:  “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.”

Riwayat al-Bukhari (3225) dan Muslim (2016).

Adakah benar demikian?

Fatwa Darul Ifta Mesir No. 3445 menyatakan, harus menyimpan dan menggantung gambar manusia atau haiwan selagi tidak mengandungi perkara haram seperti menunjukkan aurat atau menimbulkan fitnah kerana gambar fotografi adalah pantulan cahaya yang dicetak dari suatu objek, dan bukanlah termasuk dalam larangan menandingi ciptaan Allah sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis-hadis yang mencela pereka patung. Manakala maksud (صورة) yang dilarang di dalam hadis adalah patung-patung dan ukiran yang menyerupai makhluk sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis.

Wallahu a’lam.

Kongsi dengan sahabat anda!